
Konsep rezeki sangat luas. Boleh jadi ia dalam bentuk harta, ketenangan jiwa, kecukupan, suami/ isteri dan anak -anak yang baik serta pelbagai lagi. Memperolehi harta adalah dituntut dalam kehidupan manusia. Dengan harta manusia dapat memberi kehidupan yang baik kepada keluarga dan diri sendiri, bersedia untuk perkara tidak dijangka (seperti pandemik COVID 19) serta merancang bagi persediaan hidup jangka panjang. Dengan harta, kita juga dapat berbakti kepada orang sekelililing. Setiap individu perlu berfikiran positif dan bertindak secara positif. Setiap individu juga perlu membuat perancangan sebaiknya untuk diri sendiri, keluarga bahkan perniagaannya (jika ada). Seterusnya dia juga berusaha untuk mencapai sasaran bagi memperoleh rezeki (secara betul dan amanah) berdasarkan strategi yang dirancang. Menjemput rezeki adalah langkah pertama yang perlu diketahui dalam usaha mencari rezeki.
-
Video
-
Dokumen
-
Artikel
-
Video Kursus
0.00 average based on 0 ratings