
Seorang peniaga mikro sering berhadapan dengan cabaran untuk menguruskan hal kewangan keluarga dan hal berkaitan kewangan perniagaannya pada masa yang sama. Bagi perniagaan mikro, samada belum berdaftar atau berdaftar sebagai “enterprise”, tiada sempadan perbezaan di antara entiti perniagaan tersebut dengan diri pemilik perniagaan tersebut. Walaubagaimanapun, peniaga mikro harus bijak membezakan di antara urusan perniagaan dengan urusan keluarga, terutamanya dari segi pengurusan kewangan. Sebagai asas kepada pengurusan kewangan, bab ini menfokus kepada pengurusan kewangan keluarga dahulu kerana ianya sangat penting sebagai batu asas kestabilan kewangan seorang peniaga mikro. Di dalam topik “Teknik Envelop” ini, pembaca akan membuat refleksi diri tentang sumber pendapatan serta perbelanjaan keluarga mereka untuk mengenalpasti kebocoran yang berlaku di dalam perbelanjaan mereka, serta mengenalpasti peluang simpanan atau pelaburan yang boleh mereka ambil peluang sebagai tabungan untuk jangkamasa panjang. Setelah mengenalpasti kebocoran yang berlaku, pembaca akan belajar cara-cara untuk mengurangkan kebocoran tersebut melalui penyediaan bajet dan teknik envelop. Di samping itu, pembaca akan didedahkan kepada jenis-jenis simpanan dan pelaburan yang ada di Malaysia yang boleh diterapkan di dalam kehidupan mereka.
-
Slaid HSG 2.0 Teknik Envelope
-
Video Kursus
0.00 average based on 0 ratings