Mencampur-adukkan wang perniagaan dengan wang peribadi sering menjadi amalan usahawan-usahawan mikro. Oleh kerana amnya struktur pemilikan perniagaan mikro yang bersifat pemilikan tunggal dan berstatus enterprise, pemilik perniagaan mempunyai kebebasan mutlak bagaimana beliau ingin menguruskan perniagaannya, baik dari segi pengurusan, pemasaran, pengeluaran produk atau penyediaan perkhidmatan, mahupun kewangan. Jenis perniagaan ini juga tidak tertakluk kepada keperluan untuk diaudit kewangannya. Walaubagaimanapun, adalah amat penting untuk usahawan mikro menguruskan kewangan perniagaan secara berasingan dengan hal-hal kewangan keluarga. Di dalam topik ini, pembaca akan didedahkan kepada tips bagaimana untuk menguruskan pendapatan dan perbelanjaan perniagaan agar tidak bercampur dengan kewangan peribadi secara mudah dan praktikal. Diumpamakan poket kanan kita mengurus pendapatan dan perbelanjaan perniagaan, dan poket kiri kita mengurus pendapatan dan perbelanjaan keluarga.

User Avatar

EN. MAHDHIR BIN ABDULLAH
MAHDHIR ABDULLAH merupakan pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau adalah pengasas penubuhan Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa di USIM dan banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti pembangunan keusahawanan di kalangan siswa, termasuk kerjasama dengan agensi-agensi keusahawanan. Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja di Business Development Unit di sebuah syarikat swasta. Beliau juga terlibat di dalam perancangan di dalam penubuhan beberapa buah projek dan perniagaan. Beliau juga telah menulis beberapa kajian kes berkaitan syarikat-syarikat SME. Di dalam bidang kewangan peribadi, beliau terlibat dengan beberapa siri latihan kepada kakitangan kerajaan dan pernah dilantik sebagai Penasihat Pendidikan Kewangan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dari tahun 2017 hingga 2018.

0.00 average based on 0 ratings

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Kriteria Kursus

Harga:
Percuma

Penilaian

Purata Penilaian 0.00

Bintang
0%
Bintang
0%
Bintang
0%
Bintang
0%
Bintang
0%

Tinggalkan komen