Penyediaan bajet secara teratur, samada bertulis atau direkod di dalam komputer atau telefon pintar, adalah satu amalan yang perlukan disiplin. Bajet menjadi panduan kepada seseorang tentang berapa banyak wang diperuntukkan untuk sesuatu tujuan. Kemudian, bajet dijadikan kayu ukur samada perbelanjaan sebenar tepat sebagaimana yang dirancang, atau melebihi atau kurang daripada jumlah yang dirancang. Di dalam topik ini, usahawan mikro akan diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menyediakan bajet bulanan dengan mengambilkira jangkaan pendapatan dan perbelanjaan keluarga berdasarkan realiti kehidupan mereka. Usahawan mikro juga akan diberi penekanan tentang kepentingan “forced saving” sebagai perkara pertama yang perlu ditolak daripada pendapatan. Menyediakan bajet yang realistik mengikut kemampuan dan berbelanja mengikut apa yang dirancang adalah amalan yang patut menjadi habit atau kebiasaan setiap orang. Bajet menjadi panduan berapa jumlah yang diperuntukkan untuk perkara-perkara keperluan dan juga kehendak, agar seseorang itu tidak berbelanja di luar kemampuan.

User Avatar

EN. MAHDHIR BIN ABDULLAH
MAHDHIR ABDULLAH merupakan pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau adalah pengasas penubuhan Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa di USIM dan banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti pembangunan keusahawanan di kalangan siswa, termasuk kerjasama dengan agensi-agensi keusahawanan. Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja di Business Development Unit di sebuah syarikat swasta. Beliau juga terlibat di dalam perancangan di dalam penubuhan beberapa buah projek dan perniagaan. Beliau juga telah menulis beberapa kajian kes berkaitan syarikat-syarikat SME. Di dalam bidang kewangan peribadi, beliau terlibat dengan beberapa siri latihan kepada kakitangan kerajaan dan pernah dilantik sebagai Penasihat Pendidikan Kewangan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dari tahun 2017 hingga 2018.

0.00 average based on 0 ratings

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Kriteria Kursus

Harga:
Percuma

Penilaian

Purata Penilaian 0.00

Bintang
0%
Bintang
0%
Bintang
0%
Bintang
0%
Bintang
0%

Tinggalkan komen